BAB 9 : PEMALANGAN (CEK)
Cek dipalang bertujuan untuk keselamatan dan biasanya pemalangan dilakukan oleh penyuruh
bayar (pengeluar cek),pesuruh bayar (bank) dan penerima.
Menurut seksyen 78 suatu pemalangan adalah bahagian material cek:
- tidak sah bagi mana-mana orang untuk memadamnya atau
- sebagaimana yang beri kuasa oleh Akta,untuk menambah atau mengubah pemalangan itu.
Terdapat empat jenis pemalangan cek antaranya :
- Pemalangan Am/Umum
Menurut seksyen 76(1),cek dikatakan dipalang secara am jika ada palang yang melintang pada muka hadapan cek dan terdapat :
- perkataan "dan syarikat" atau singkatan seperti "dan sya" antara dua garis selari melintang sama ada dengan atau tanpa perkataan "tidak boleh niaga" atau
- dua garis selari melintang ringkas,sama ada dengan atau tanpa perkataan "tidak boleh niaga"
Kesan :
-Jurubank membayar jumlah cek itu kepada bank pemungut.
-Jurubank juga tidak boleh membayar secara tunai di kaunter seperti yang dilakukan untuk cek yang tidak berpalang.
2. Pemalangan Khusus/Khas
Menurut seksyen 76(2), cek dipalang khas jika ada palang yang pada dasarnya suatu tambahan nama jurubank. Perkataan "tidak boleh niaga" boleh ditambah kepada pemalangan tersebut.
Kesan :
Jurubank perlu bayar jumlah cek kepada bank pemungut yang dinamakan dalam pemalangan.
3. Pemalangan Tidak Boleh Niaga
-Pemalangan tidak boleh niaga melarang boleh niaga
-Bil tersebut masih boleh dipindah milik
Menurut seksyen 8(2), suatu bil boleh niaga jika ia boleh kena dibayar sama ada atas perintah atau kepada pembawa
Kesan :
Dalam seksyen 81(1), Jika seseorang mengambil cek berpalang yang mengandungi perkataan "tidak boleh niaga " dia tidak boleh dan tidak berupaya untuk memberikan hak milik yang lebih baik kepada cek itu daripada orang yang mana dia telah mengambil cek itu.
Dalam kes Great eastern Railway Company vs London County Banking Company, dimana Lord Lindley berkata :
"Mana-mana orang yang mengambil sesuatu cek bertanda 'tidak boleh niaga' mengambilnya atas risiko sendiri,dan hak miliknya kepada wang yang diperolehi melalui cara itu adalah sama cacatnya seperti hak miliknya kepada cek itu sendiri"
Juga dalam kes Wilson and Meeson vs Pickering, di mana Wilson mengeluarkan cek kosong yang berpalang "tidak boleh niaga" dan mengarahkan SU mengisi jumlah dolar 2 . SU meletakkan dolar54
dan memberi kepada P sebagai pelangsaian hutangnya sendiri.
Keputusan mahkamah,SU tiada hak milik kepada cek,P juga tiada hak milik yang baik ke atasnya. Wilson tidak bertanggung jawab ke atas cek tersebut.
4. Pemalangan "Akaun Penerima atau Akaun Penerima Sahaja"
Kesan :
Dalam seksyen 81A, Jika cek dipalang dan pada permukaannya ada perkataan "akaun penerima " atau a/c penerima,sama ada dengan atau tanpa perkataan "sahaja" ,cek itu tidak boleh dipindahmilik,tetapi hanya sah antara pihak-pihak di antaranya.
Dalam kes Far Eastern Bank vs Bee Hong Finance Co , mengenai peranan bank pemungut terhadap cek akaun berpalang akaun penerima.
-Lee Lam berjaya dapat pinjaman daripada BEH menggunakan beberapa jaminan sijil syer yang palsu tanpa diketahui oleh BEH
-BEH mengeluarkan sekeping cek "akaun penerima sahaja" bernilai RM10000 atas nama Lee Lam
-Lee Lam kreditkan cek dekat akaun kawannya ,AYS sebab Lee Lam tiada akaun FEB-AYS keluarkan cek bernilai RM9800 untuk ditunaikan Lee Lam
-Apabila BHF ketahui tentang sijil palsu,BHF menuduh FEB atas kecuaian mereka memungut cek utk AYS.
-Mahkamah memutuskan FEB dah buat segala penyiasatan yang perlu oleh itu ia tidak cuai.
Keputusan:
Bank pemungut boleh mengkreditkan sesuatu cek akaun penerima kepada akaun pihak lain asalkan wang sebenarnya diperolehi oleh si penerima wang.
Dalam kes Mahadevan vs Manilal & Sons (M) Sdn Bhd, jika bank terima pembayaran daripada pelanggan lain selain daripada orang yang dinamakan dalam cek,ia boleh didakwa atas kecuaian dan x berhak mendapat perlindungan dibawah seksyen 85 Akta Bil Pertukaran.
undang undang perniagaan bab 1 tak de ke
ReplyDelete